Sunday 14 June 2015

Ride Surat thani to Hua Hin

Pulang saja dari Bandung, kami terus bergegas balik ke Penang, sebab ada mission yg lebih menarik akan dimulai pada esok hari. Perasaan sangat teruja dan x sabar.. 

5.6.2015, unta putih kami dan anak gajah abang Hasnul & Kak Ida mula mengaum dan bergerak jam 7 pagi, Perjalanan dari Penang akan berhenti di Surat Thani untuk hari ini lebih kurang 500km. kami sampai dalam pukul 9 di border bukit kayu hitam. Orang sangat ramai, mungkin kerana cuti sekolah,. Sejam juga untuk kami selesaikan semuanya, dan meneruskan perjalanan ke bumi Gajah putih ini,


makan tengahari di restoran muslim dalam perjalanan di Phattalung..
 Perjalanan kali ini, kami kurang bernasib baik kerana anak gajah tercedera ditayar terkena paku. Alhamdulillah, en suami ada kit untuk mengubat kebocoran tayar, senang citer,tayar pancit. Kit ini pertama kali digunakan, salute gak pada suamiku yg belajar cara2 untuk mengubat tayar pancit secara teori dengan melihat di Youtube, akhirnya dapat juga diapply pada masa ini.. Bersyukur juga, kejadian ini berlaku berdekatan dgn pump station,dgn ini memudahkan kerja utk mengepam tayar semula..
Abg hasnul sedang keluarkan paku 

Tutup dgn cacing dan isi tayar dgn angin, jika masih keluar angin, tambahkan lagi cacing.

inila pakunya, lebihan cacing perlu dipotong guna pisau atau gunting. Kemudian panaskan sedikit dengan api kecil/ lighter supaya cacing cair dan menutup lubang.
Perjalanan diteruskan ke Surat Thani..

Di Surat Thani, kami menginap di hotel My Place, dengan harga 490 bath = 50 ringgit. Hotel ini cantik dan bersih. Paling utama hotel ini ada tempat parking untuk unta putih n anak gajah dalam bangunan lagi. Hotel ini juga ada mesin basuh self service, masukkan duit je, aku x pasti berapa sebab x guna. Kami makan malam di warung muslim tepi sungai berdekatan dengan jeti, lebih kurang 15 minit untuk ke warung muslim ni, kuar pintu hotel ke kanan masuk simpang kanan, jalan terus sampai nampak sungai, warung terletak di sebelah kiri berdekatan jeti yang ada banyak feri. Lepas makan kami ke night market lebih kurang 5 minit je, utk ke nite market dari pintu hotel arah ke kiri jalan terus sampai jumpa night market. senangkan.. good location..

Naik tuk tuk untuk ke warung tepi sungai




warung tepi sungai

Depan hotel My Place
                           

penanda depan hotel
6 jun 2015 kami sarapan di Restoran Bismillah. Tahan saje tut tut untuk ke sini. katakan mahu ke Muslim restoran. Agak jauh dari hotel kami jika mahu berjalan kaki.
location kedai Bismillah




Breakfast di kedai Bismillah



Selepas sarapan kami bertolak ke Hua Hin. Destinasi utama kami. Jaraknya lebih kurang 450km dari Surathani via Route 4. jalan agak beralun dan permukaan jalan kurang baik.Selalunya aku syok je lena kat belakang tp kali ni xleh nak lelap langsung. Kami kemudiaanya berhenti lunch di rnr Khun Sarai. Khun sarai ni penanda dia didepan ada banyak patung2 gajah n anak gajah warna warni.. terletak di arah ke selatan. Tempat makanan halal n non halal dibahagikan, banyak pilihan mknan disini. Terdapat pekerja yg boleh bercakap melayu jadi memudahkan utk order makan. Toilet di sini sangat unik n cantik. Kami singgah makan disini 2 kali utk pergi ke hua hin dan waktu pulang ke hatyai. Perjalanan diteruskan selepas makan lunch.

berhenti sat utk wefie dgn giant kanggaroo



wefie di rnr Khun Sarai

R n R Khun Sarai


Take 5 
HUA HIN
Sejarah Hua Hin
Pada tahun 1834, sebelum nama Hua Hin diciptakan, beberapa daerah pertanian di Provinsi Phetchaburi diterpa kemarau panjang. Sekelompok petani telah pindah ke selatan hingga mereka menemukan sebuah desa kecil yang memiliki pasir putih dan sebarisan cadas sepanjang pantai. Mereka tinggal di tempat itu dan memberinya nama Samore Riang (Thai สมอเรียง) yang berarti barisan cadas.
Pada 1921 pimpinan kereta api negara, Pangeran Purachatra, membangun Hotel Kereta Api dekat pantai. RajaPrajadhipok (Rama VII) begitu menyukai tempat itu sehingga ia membangun istana musim panas di sana. Tempat itu dinamai Wang Klai Kang Won ('Jauh dari Ketakutan'). Kini menjadi tempat kediaman penuh Yang Mulia Raja Thailand. Yang Mulia Pangeran Krom Phra Naresworarit adalah anggota pertama keluarga kerajaan yang membangun sekelompok istana di Ban Laem Hin yang disebut Sukaves dan ia memberi nama pantai dekat istananya Hua Hin.
Pada 1932, Hua Hin merupakan satu-satunya bagian distrik Pran Buri. Hingga 1949 Hua Hin diangkat sebagai distrik di provinsi Prachuap Khiri Khan. Setelah pembangunan jalur selatan KA, Hua Hin menjadi tempat wisata pantai pertama dan terkenal di Thailand.
( info dari wikipedia)




Kami sampai di Hua hin agak awal lebih kurang jam 3 petang. Kami menginap di Hotel Chaba yg berdekatan dgn night market. Oleh krn sampai awal, kami berkesempatan berjalan2 sekitar bandar Hua Hin.. kami pergi ke pantai Hua Hin. Pantainye tidak berapa cantik rasanya hanya seperti pantai batu feringgi. Sebelah malam seperti biasa ke night market.. Best oo....

location kedai makan muslim di Hua Hin
Inilah kedai di atas

Bergambar di stesen keretapi



Pantai di Hua Hin




Night market di Hua Hin

Agak sibuk night market 



Sebelum bertolak balik, aim for next KEMBARA TAYAR DUA. 249km to go.. 
bergambar lagi
GOOD JOB!
                               

Thursday 11 June 2015

Ride phuket to koh samui


 Selepas pulang dari Bali kami meneruskan percutian kami yang tidak dirancang ke phuket dan koh samui. ini semua rancangan daripada kakak ipar n abang ipar yang sangat awesome n terbaiks.. Ini juga pertama kali kami ke Thailand dengan menggunakan motor kami, unta putih. Sangat teruja n excited because this is our first long ride with unta putih.
unta baghdad & anak gajah

4.6.2014, kami bertolak sesudah subuh dari Penang, kami berhenti sarapan di RnR Gurun, actually kami nak buat insurans dan isi white card dekat gurun tapi kedai tu x buka pagi2, so kami buat di Changlun. Sampai di Border Bukit Kayu Hitam lebih kurang jam 10 pagi. Setelah selesai semuanya kami meneruskan perjalanan ke Pattalung. Kami makan tengahari di RnR Trang. Kak Ida (kak iparku) kata nanti hotel kite walk in je.sebabnya dia isau kami ni xlarat nak ride sampai Phuket..newbie la katakan.heehee
RnR Trang



Perjalanan ke Phuket pada saya amat mencabar kerana kami pertama kali ride jauh dan tanpa diduga hujan lebat dan kami meredah hujan. Sepanjang perjalanan ke Phuket hujan lebat dan kami sampai petang semasa orang tempatan pulang dari kerja, jadi jalan jammed ditambah lagi kami sudah sangat penat. Namun semangat masih ada dan mental masih kuat untuk support suami. hehe..


nampak x awan mendung berarak..kami berhenti sebentar untuk pakai baju hujan

kita minum dulu !!!!


bile dah sampai phuket, kami sesat plak.sebabnya hujan, so hp nokia aka gps time tu xleh la nak bawa keluar. kang kena air rosak plak hp tu..time tu dah hampir 7 mlm. hari pun dah agak gelap.plan nak duk kat area patong beach, pusing punya pusing akhirnya sampai juga kami di patong. kami menginap di Arman Residence Hotel. hotel ni menyediakan makanan halal.. dengan basah kuyup kami check in hotel tu..calar juge mental aku time tu..haha..nasib suami aku cool je.kuikui.malam tu kami mkn malam di hotel ini.. menu sangat sedap especially  green curry.. cubala..terbaik..
menu kami; siakap 3 rasa dan green curry..marbeles.
naik tut-tut pusing2 town.
abg hasnul& kak ida aka tourguide yg sempoii..:)

keesokannya kami bangun awal untuk meneruskan perjalanan ke koh samui pula. oleh kerana semalam kami sampai agak lewat, so x sempat nak bergambar tepi pantai..selepa sarapan, kami pusing2 pantai patong dan bergambar sebentar,




lets wefie.he


wajah2 ceria kerana berjaya sampai ke Phuket









me & hubby wit our unta putih




 
@ Patong beach
perjalanan diteruskan ke koh samui pulak..

KOH SAMUI

perjalanan ke Koh Samui sangat best dan tidak mencabar sangat sebab cuaca ok, jalan untuk ke Donsak Pier ke koh samui tenang saja sebab x banyak kereta dan jalan yang lurus saja. Phuket terletak di sebelah barat(laut andaman ) dan Koh Samui di sebelah timur ( laut Cina Selatan). Untuk ke Koh samui perlu naik feri seperti feri di Penang, tapi feri ini lebih besar dan tempat penumpang di bahagian atas ada air cond dan TV,bolehla relaks dalam 2 jam juga perjalanan utk smp ke koh samui. Harga utk naik Raja Ferry ni, utk dewasa, 54 bath, child 20 bath,200 bath utk kereta dan 87 bath utk basikal/motor


anak gajah n unta putih park depan skali, mudah untuk kami keluar nanti

bahagian atas feri, superwoman ni,, sentiasa bagi support kpd rider

koh samui here we come

kerusi selesa untuk rehat 2 jam


BEACHCOMBER RESORT

Penginapan kami di Koh Samui sangat best, beachcomber, sangat selesa dan berdekatan dengan pantai. 


Bilik kami.. cantikkan.



pantai yang jernih di Koh Samui

swimming pool di beachcomber.. xda org pun mandi,




Breakfast di beachcomber, makan roti ngan jem je..



kedai makan malam kami.. sedap sangat..

menu makan malam kami

makan malam kami 
                     

kawasan persekitaran hotel




yahoo,,, KOH SAMUI,,,




Nice journey.. thumbs up

Pantai Koh Samui memang cantik,, insyallah.. dipanjangkan umur n murah rezeki, aku n family akan datang lagi ke sini dan menginap di beachcomber..