Tuesday 6 October 2015

Ride to koh lanta

kali ni nak kongsi ride yg lepas ke Koh Lanta. Pulau ke 3 di Thailand selepas ride Phuket & Koh Samui.. Seperti biasa aku ke Koh Lanta ngan ridemate yg sempoiii iaitu Abg Hasnul & Kak Ida..

31 Jan 2015
Macam biasala ride kami ni bertolak lepas breakfast di Penang dulu..Sebab Penang- koh Lanta idokla jauh sgt..chewah..dlm 450km je. Perjalanan semuanya lancar. kami stop jap di Caltex Changlun utk setelkan white card & insuran. minyak pun kasi full tank..nanti kat Siam minyak harga mahai baq mai..he.Urusan di border pun berjalan lancar. Route kali ini melalui Pathalung - Trang - Koh Lanta.



RnR Trang..rehat dulu..Abg Hasnul ngantuk.
.                                     

selfie sikit...
PERJALANAN KE KOH LANTA

Koh Lanta agak dekat dengan Malaysia cuti yang sangat singkat ni, amat sesuai bagi kami untuk ke sini. Perjalanan ke Koh Lanta menggunakan laluan yang sama untuk ke Krabi dan Phuket, cuma dekat sikit. tengok je signboard Koh Lanta Pier, sebab utk ke sini perlu naik feri. Koh Lanta terbahagi kepada 2 buah pulau besar dan kecik, jadi kena naik 2 kali feri.. naik feri pertama bila sampai je pulau kecik ikut je laluan dia kebnyakkan kenderaan akan pergi ke pelabuhan untuk ke pulau kedua.. jangan risau takkan sesatnya. dari tanah besar untuk ke pulau kecik ambil masa agak lama. tetapi dari pulau kecil untuk ke pulau besar agak dekat. Semasa kami pergi ke sana, sedang melakukan pembinaan jambatan dari pulau kecil ke pulau besar, jadi lepas ni lebih senang cuma naik jambatan saja.
sedang menunggu feri

inilah ferinya dari tanah besar ke pulau kecil

dalam feri pun ada jalan tar



air tenang je.. kelihatan pokok bakau

pembinaan jambatan untuk ke pulau besar



PENGINAPAN 

Oh.. akhirnya..sampai juga ke Koh Lanta, penatnye.. letihnye... tempat tido.. kat mana?? Kami pun x pasti kat mana, skrg misi mencari hotel. Setelah puas mencari akhirnye kami menginap di lanta family resort selama 3 hari 2 malam,resort ni sangat best, rumah2 pondok, dekat dengan laut. 


depan bilik kami


 AKTIVITI

di sebelah malam kami mencari tempat2 menarik di sini, sudah tentula night market. night market kecil saja. kebanyakan orang disini adalah Islam. Di pulau ni, ada speaker disetiap tiang lampu, jadi bila masuk waktu solat, azan akan kedengaran di seluruh pulau ini. Alhamdulillah...
Oleh kerana, kami akan stay lagi sehari esok disini, kami mencari aktiviti yang boleh dibuat disini. Ada banyak aktiviti antaranya pergi ke phi phi island, naik gajah, dan island hopping. hasil berbincang kami berempat, island hopping menjadi pilihan atas termakan dengan cerita2 penjual pakej ni.. argh,, yang aku amat2 menyesal... menyesal x pilih phi phi island.. kalo x,, dapat aku shopping skit2..
night market

suami berjaya menangkap gambar ini senyap2, kalo x kena bayar 10bath makanan eksotik
 Kenapa aku menyesal pilih island hopping sedangkan aku mmg hantu air, pantang tengok air, sebabnya.. ombak dia sangat ganas sebab musim monsoon, dengan perahu yang kami naik agak scary.. melompat-lompat, air laut siap masuk dalam perahu, lagi satu, ada satu tempat yang kami perlu berenang masuk dalam gua yang gelap dan jauh, tapi mmg cantik dalam gua tue.. argh.. sakit2 kaki aku...

wajah ceria untuk island hopping

inilah gua yang perlu berenang untuk ke dalam, kena hati2 sebab dinding dia tajam 

group ni bagus dia buat titi orang..

inilah pemandangan dalam gua



salah satu pulau untuk kami berehat n lunch

ride mate awesome

lihat ombak yang kuat

Abang sado pujaan hatiku
Lapaq perut.. syok sangat mengadap laut dengan angin kuat.. Terbaik!!

Kecik je...

MAKANAN

Seronoknye di sini, senang untuk mendapatkan makanan yang halal, antara makanan local yang kami cuba.. banyak warung2 tepi jalan untuk makan breakfast, dengan harga yang sangat murah. dekat sini minuman hanya instant, milo, kopi, nescafe.. bancuh sendiri n hanya minta air panas saja..

Nasi kerabu my fav, ada terung katak sangat sedap

Nasi Goreng, siap dengan mangga,carrot, ayam.. sedap juga

Nasi berlauk
TIME TO GO HOME



Seronok sangat.. Insyallah akan datang ke sini lagi...